~pesanan cinta kepada cinta

Wahai Cinta,

Jika aku ini pemberian dari tuhan,maka peliharalah aku dengan selayaknya,

Sebagaimana selayaknya engkau memelihara diri engkau dari sesuatu yang maha engkau benci,

Mungkin di situ ada sesuatu yg amat berharga,lebih berharga dari dunia dan seisinya

Wahai Cinta,

Jika suatu hari nanti aku bukan lagi pemberian dari tuhan,

Tinggalkan aku dengan sebab yang nyata dan pasti,

Tinggalkan aku dengan kekuatan untuk aku rasai apa itu beban,

Tinggalkan kenangan yang maha terindah untuk aku simpan di hati bukan di kaki,

Dan,

tinggalkan aku dengan pengajaran yang dahsyat sebagai pengganti engkau yang dapat membuatkan aku tersenyum,

Agar aku tidak membenci,agar aku fahami apa itu manusia dan cinta

Wahai Cinta,

Jika engkau membenci apa yang ada pada aku walau sekecil-kecil kejadian,

Khabarkan kepada aku agar dapat aku lenyapkan prasangka itu,

Barangkali engkau lupa bahawa aku ini juga manusia biasa,

Yang perlu dibetulkan salahnya dan yang perlu diperbaiki betulnya,

Sebab itu bila aku bertindak melakukan sesuatu yg tidak memenuhi hati engkau,

Berikan aku peluang utk aku renungi diri,fahami diri dan betulkan kesilapan sendiri

Wahai Cinta,

Hari ini mungkin indah bagi kita,sebab itu kita sentiase gembira sambil tersenyum,

Esok,mungkin hari yg sakit bagi kita,sebab itu kita menangis sambil berfikir,

Kerana itu ditemukan kita untuk kita gembira sambil tersenyum dan untuk kita menangis sambil berfikir,

Tiada gunanya cinta jika kita tidak gembira sambil tersenyum bersama dan tiada gunanya cinta jika kita tidak menangis sambil berfikir bersama,

Kerana itulah dikurniakan cinta bagi sesiape yang mampu berfikir dengan waras

Wahai Cinta,

Maafkan aku jika berlakunya keterlanjuran,baik dari segi kate-kate mahupun perbuatan,

Telah ku cuba sedaya upaya untuk aku menjadi diri sendiri tanpa sebarang paksaan,

Jangan sampai suatu hari nanti,aku berkata aku sudah penat menjaga hati dan perasaan,

Padahal,masih terlalu banyak yang ingin aku sampaikan kepada engkau yang budiman,

Supaya engkau mengambil pengajaran dan sampaikan semula kepada aku apabila aku melakukan kezaliman,

Akan datang,kita pasti mengerti apa itu tanggungjawab ketabahan dalam perjuangan

Wahai Maha Cinta,

Kepada Engkaulah ku pejamkan mata,ku tundukkan wajah dan ku tadahkan ke dua tangan utk meminta,

Kepada Engkaulah hati aku sentiasa berharap kerana aku sedar Engkaulah Maha Cinta,

Kerana Engkau Maha Cinta,mengalirnya air mata suci berharga yang sarat dengan impian,

Temukan aku dengan cinta yang hebat di dunia utk aku genggam cinta yang lebih hebat di akhirat sana,

Peliharalah aku dari sempit dada dan kekusutan hati kerana itu adalah perkara yang sangat menyakitkan,

Mudah-mudahan aku dan mereka digolongkan dari kalangan orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat…..

‘aLa nAfSi

12 MAY 2007

0040

~palestin

Assalamualaikum

Pagi raya ini, aku melihat rancangan ziarah. Maaflah kerana tidak pergi surau. Terlewat bangun lah. Hehe…

Saat lagu tema ziarah berkumandang, aku tersentuh. Lirik dan seni kata serta kemerduan Ramli Sarip betul-betul menusuk jiwaku. Klip-klip video sepanjang penggambaran mereka di bumi Islam di luar sana amat menyentuh hatiku. Ketika klip video di Palestin ditayangkan, aku menjadi marah. Begitu banyak bendera milik Israel digantung di sana-sini, termasuk di Masjid-masjid. Tangisan kanak-kanak serta kaum wanita yang kedengaran amat menyedihkan. Aku simpati. Tapi apa yang aku boleh lakukan??? Aku sudah pun hidup selama lebih 18 tahun tapi apa sumbanganku terhadap negara Islam. Ikutkan hatiku, nak saja aku pergi ke negara Palestin yang kini diduduki oleh Israel dan bunuh semua orang Israel di sana. Tapi aku tahu, aku tidak ada keberanian seperti pejuang-pejuang di sana. Aku respect dan tabik dengan mereka. Kanak-kanak dan kaum wanita berani mengangkat senjata dan turut berjuang untuk tanah air mereka. AKU??? Aku sendiri tidak tahu apa yang aku boleh lakukan untuk agamaku, Islam.

Israel begitu bangga dan gembira dapar menjajah Palestin. Tapi Palestin tetap Palestin. Israel tidak akan ada negara mereka sehinggalah hari kiamat. Al-Quran sendiri ada menyebut.

Aku kasihan melihat kanak-kanak yang berada di negara itu. Tangisan mereka yang kehilangan ibu-bapa, tangisan kaum wanita yang kehilangan suami serta anak mereka dan tempat tinggal, tidakkah itu semua menyedarkan kita??? Aku selalu terfikir, orang Israel tidak ada hati dan perasaan ke? Sanggup mereka mendengar tangisan kanak-kanak yang menderita. Sanggup mereka membunuh serta mencederakan kanak-kanak yang tidak bersalah serta tidak mengerti apa-apa. Sanggup mereka melihat kaum wanita didera serta dibiarkan tanpa perlindungan. Mereka ni manusia ke apa???

OH TUHAN, aku memohon kepada-Mu. Kau lindungilah penduduk Islam di Palestin serta di mana-mana sahaja umat Islam di dunia ini. YA ALLAH, andai aku berkesempatan, aku ingin menolong kanak-kanak Palestin. Kau berilah aku kejayaan agar aku mampu melindungi kanak-kanak palestin dan mereka mampu meneruskan kehidupan mereka.

Kepada umat Islam di luar sana, marilah kita sama-sama berdoa agar konflik di Palestin segera tamat supaya kesejahteraan umat Islam Palestin terpelihara. AMIIN.

-wasalam-

~one litre of tears

1_litre_of_tears-aya.jpg

satu liter tangisan..

This drama is about a girl who was diagnosed with a disease called Spinocerebellar Degeneration when she was 15 years old, and was able to continue her life until her death at the age of 25 years old.

her name is Aya Ikeuchi. since she know about her desease, she wrote her diaries. She kept writing in her diary to remember her experiences until she could no longer hold a pen. Aya simply wished to live until the end of her life, and the purpose of writing in the diary was to remind herself to not give up. She shed tears many times, at the same time encompassed by the rich love and support from her family, friends, and boyfriend.

this is a drama that based on true story. when u watch this drama, u will be touched by her courage in facing her life. She faced her life with support from her family, boyfriend and friends. until the day that she died, she never give up and keep hoping that one day she can be cured.

Aya, a very tough girl. if i were at her place, i won’t be able to face my life like she did. i won’t be able to live like her. what i have in my mind, surely about death. but Aya, she kept writing her words non stop till the end. she never give up. that is the thing that i respect. NEVER GIVE UP. even she’s disable to walk, eat, stand and talk like other normal human.

It’s ok to fall down.
Anyway, we can still get up, isn’t that a good thing?
While falling down look up the sky.
The blue sky high up my head, seems so wide and limitless
Can you see it smiling at you?
I am still alive

i hope i can get her spirit on facing my life.