rasa rindu. rasa ingat bertemu sahabat-sahabat sebulatan dan bersembang, berkongsi cerita, masalah, aduan, and teguran untuk menjadi yang lebih baik.
Bertemu dan berpisah kerana Allah. Bertemu kerana ingin menjadi muslimah yang lebih baik. bertemu kerana ingin sahabat-sahabat sama-sama menjadi yang lebih baik. bertemu kerana aim yang satu, mencari redha Allah dan pengakhiran yang terbaik. bertemu untuk mengikat kasih sayang. bertemu kerana sayangkan mereka. bertemu kerana seminggu tidak bersua muka. rindu itu semua.
dan berpisah, dengan hati yang telah terisi ilmu baru, ilmu dari DIA. berpisah, dengan niat yang baru. Berpisah, dengan doa dan harapan, agar dipertemukan lagi minggu berikutnya. Berpisah, dengan harapan, akan ada lagi sesuatu yang baru, ilmu yang Allah bagi pinjam. Berpisah, dengan minda yang baru. berpisah, dengan hati yang lebih tenang. Berpisah, dengan satu perasaan halus menyentuh hati.
Rindu itu semua. Rindu. Saya rasa tidak pernah saya rindu ‘keluarga’ saya seperti mana saya merindui mereka. Semua. tiada terkecuali.
For now, buat apa yang termampu. Allah, bantu saya.