~UPSR 2001

 

Aku teringat ada sebuah lagu yang telah diubahsuai dari lagu Saleem. Sebuah lagu yang berbentuk motivasi ini aku bersama peserta klinik UPSR yang majoritinya rakan-rakan ketika aku masih berada di Hira’. Teringat kenangan bersama rakan-rakanku itu. Bersama geng-geng aku, iaitu Azira, Alya and Nadia. Alhamdulillah, mereka semua berjaya mendapat straight A’s, tapi aku tidak. Hanya mampu mendapat 4 A sahaja. Namun lagu ini kekal sebagai lagu semangatku.

            Tersedar aku dari lamunan
            Sejarah pahit kulupakan
            Kusemai benih-benih, harapan
            Bersama sejuta impian

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segala kekuatan
Berikanlah ku kekuatan dan keimanan

Kumengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun hakikat belum nyata
Harus berusaha

Suatu hari nanti, pasti ku kan berjaya
Akan aku buktikan, Padamu Ayah Bonda
Di situ kita lihat, Kebenaran hakikat
Impian jadi nyata, Kata akan dikota

Bukan khayalan, dan bukan lakonan
Tapi itulah kenyataan
kerana Cita, diiringi doa, pasti aku akan berjaya

Entah kenapa, setiap kali aku menyanyikan lagu ini, ada perasaan halus mengalir dalam diriku.
‘AKU BOLEH’
kenangan bersama rakan-rakanku ketika kecil menerpa. Teringat perjuangan ketika bersama mereka. Kami berjihad di medan yang sama untuk tujuan yang sama. Selalu aku bayangkan… ‘kalaulah kami menuntut di university yang sama’… namun itu semua mustahil. Kami kini berada di dalam bidang yang berbeza. Masing-masing dengan minat serta cita-cita tersendiri, namun matlamat kami masih sama. ‘Untuk berjaya dalam hidup di dunia serta di akhirat’. InsyaAllah…..