teringat saat-saat habis IB dulu. tak berhenti tersenyum. yela, IB susah okay and selalu sangat tension. dari hari pertama masuk kmb dah tak sabar-sabar nak habis IB. tak ada orang yang tak tersenyum bila keluar dari hall tu. memang seronok tak terkata.
tapi dalam masa yang sama, sedih. sedih sebab kmb bagi banyak kenangan, manis, pahit. kmb lah detik pertemuan antara kawan-kawan. di kmb juga lah episode percintaan bermula, dan berakhir bagi sesetengah orang. sedih. memang sedih. kmb lah tempat jatuh bangun.
kalau orang tanya mahu ke tidak mengulangi IB, memang tak nak. kalau orang tanya mahu ke tidak mengulangi kehidupan di kmb, memang tak nak. siapa sanggup? tapi kalau orang tanya, mahu tak menjalani kehidupan bersama-sama orang-orang di kmb, kawan-kawan, cikgu-cikgu, saya nak. sebab saya rindu mereka.
lagi tiga bulan nak graduate from Taylor’s dah. apakah akan sama kegembiraan graduation itu berbanding kegembiraan graduation IB?