kusut

Allah tahu apa yang ada di hati ini. Biarlah segala resah ini, hanya DIA yang tahu. Biarlah.
Biarlah segalanya ku simpan, hingga sampai masa, akan kuceritakan.
Sampai masa, apa pun akan berlaku, dengan izinNya.
Sampai masa, segala persoalan di hati ini pasti akan terjawab.
Segala kekusutan pasti akan terlerai.

Memang kadang-kadang pelik dengan apa yang berlaku. Dan tertanya-tanya, apa sebenarnya yang Allah dah rancangkan untuk kita? untuk saya? Kenapa harus begini? Kenapa tidak begitu? Tapi kita harus yakin, apa pun, rancangan Allah adalah yang terbaik. yakinlah.

memang hati ini kusut sejak beberapa hari ini. Kenapa? biarlah. Biarlah kusimpan. insyaAllah, akan kutemu jawapan yang kucari. akan terjawab segala persoalan hati ini. Ingin kuluahkan, namun tak berdaya. Biarlah kuluahkan pada yang maha Esa dan maha pendengar. Ya Allah, berilah petunjuk kepada ku. kuatkanlah hati ini, tetapkanlah hati ini. 

step by step.

alhamdulillah, first week of Fall 2011 hampir berlalu. and itu juga bermaksud Ramadhan juga hampir sampai ke punghujungnya.

Minggu ini, rasa hilang nikmat Ramadhan tu sebab sibuk dengan schedule Fall yang masih lagi kelam kabut. InsyaAllah, hari ini will finalize everything. And juga, first week dah dapat assignments untuk semua courses. I know, itu bukan alasan untuk membiarkan Ramadhan yang tinggal beberapa hari berlalu tanpa meninggalkan bekas di hati. Tapi saya memang fail dalam menguruskan masa saya. Dan saya juga tahu, masa itu Allah yang punya, seharusnya priority untuk DIA. Namun apakan daya, diri ini sangat lemah. Saya masih dalam prosess belajar. Belajar untuk membahagikan masa, belajar untuk curi masa untuk solat dalam apa juga keadaan, belajar banyak lagi perkara yang perlu saya pelajar.

Ini nukilan saya. Saya ingin berubah. sejak dulu, saya ada azam, saya nak ubah cara pemakaian saya. Saya nak ubah penampilan saya. Dulu pernah buat, namun tak kekal. Lemahnya hati ini, saya kembali terpesong. Beberapa kali cubaan itu dilakukan, namun sangat lemah semangat dan azam saya. Dan tidak pernah putus asa, saya mohon kepada Allah, agar berikan saya petunjuk, dan mohon agar dikuatkan hati ini untuk meneruskan niat dan cita-cita. sehingga saya rasa diri ini sangat tidak berguna; Allah dah beri saya banyak petunjuk, cuma kadang-kadang saya butakan hati ini, sebab konon-konon tak bersedia ke arah perubahan, dan konon-konon niat belum betul, i.e berubah bukan kerana Allah. Mungkin saya lupa, mati itu semakin menghampiri saya. Dan mungkin saya lupa, dah 22+ tahun saya hidup di bumi Allah ini. Dan sampai bila saya nak terus berada dalam kekufuran? Sampai bila saya nak terus pejamkan mata dan butakan hati? Terlalu banyak dosa yang saya lakukan, dan kadang-kadang lupa bahawa Allah itu maha pengampun. Rasa macam dah tak layak nak minta ampun dari Allah. rasa macam hina sangat, sebab dah banyak sia-siakan nikmat yang Allah bagi. Dan kadang-kadang rasa, “masih layakkah aku untuk meminta dariNya? masih adakah pengampunan Allah untukku?”

dan saya teringat. Pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk hamba Allah yang ingin bertaubat. Sebelum terlambat. Sebab saya pernah mimpi tentang ‘hari itu’ dan saya badan saya menggigil bila bangun dari tidur kerana dalam mimpi itu, saya rasa menyesal yang amat sangat kerana telah banyak abaikan suruhan Allah, dan rasa ingin diputarkan kembali masa. Dan takut yang amat sangat kerana saya tahu, saya tidak layak untuk masuk syurga. Namun itu semua hanya mimpi. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kesempatan untuk berubah, kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan, kembali ke jalan yang lurus. Biarlah apa orang nak kata. Walau bagaimana pun pandangan orang, saya akan cuba kuatkan hati saya. Saya masih dalam prosess belajar, saya jahil ilmu agama, kalau nampak saya buat silap, jangan segan untuk menegur dengan cara yang berhikmah. insyaAllah, saya akan ambil positive teguran orang.

Kenapa saya cerita kisah ini? sekadar nak share dengan orang, apa yang pernah saya lalui. Gelapnya hati ini suatu ketika dulu. Hipokrit. Biarlah. itu dahulu. setiap orang ada masa lalu. Masa lalu yang saya taknak ingat. Tak, saya bukan nak tunjuk baik. saya sekadar nak share. jangan jadi macam saya, butakan hati dan konon-konon nak ikut ‘trend.’

Step by step, walking to the new world, hoping that new doors will always open for me, new doors that will bring me to a better world.

August 18, 2011.

Assalamualaikum to all dearest muslims all over the world.

So Ramadhan has almost half way done. Really? I mean, really done? Think deep will ya?
Alhamdulillah, Ramadhan so far has been good to me. Alhamdulillah, praise to Allah. Yet breaking fast here is not as good as in Malaysia, of course, right? No family, no bazaar, no murtabak, no apam balik. Just me and my roommate and few other Malaysian colleagues. Alhamdulillah, not that bad though.

So I watched few videos from ‘Ini Kisahku.’ you can youtube them. It’s a tv show about Malaysian celebrities who made a huge change in their life. Change to be a better muslim. Alhamdulillah.

Mereka dapat hidayah dari Allah. Hidayah Allah, hak Allah untuk sesiapa yang dikehendakiNya. Beberapa hari lepas, saya mimpi. Menakutkan. Rasa macam betul. Apa mimpi tu? Biarlah rahsia. Let’s just say that the dream opened my eyes, opened my heart. And saya sangat bersyukur dapat mimpi macam tu. and that dream reminds me of the dream I had when I was in KMB. and I had ‘about the similar dream’ but different in many ways. The dream about my faith, about what muslims believe in the articles of faith, the Judgement Day.

apa yang berlaku dalam mimpi, biarlah rahsia. Dari siapa pun mimpi itu, saya anggap ia merupakan peringatan untuk saya. peringatan bahawa hari itu pasti datang. dan apa yang ada dalam Al-Quran, dan apa yang saya belajar semuanya benar. dan perasaan itu? Allahuakbar. tak dapat digambarkan. itu baru mimpi. yang sebenarnya? and, dah bersedia ke kita? dah cukup bekalan? neraca timbangan tu agak-agak berat kat bahagian mana nanti?

I’ll leave that questions unanswered. Selamat berpuasa. and have a great day. Wasalam.